Monday, December 17, 2007

yahoo! group dan 1st Gathering di NZ, Wangsamaju

masuk ari nie dah 1 bulan 13 hari dah yahoo group padangtembak97 hidup, sampai skang dah ade kira2 57 orang yang join dari seantero kelas. Masa memula kalau tak silap diorang open untuk bebudak padang tembak yang berada di sekolah sehingga 1997, tapi dirombak kembali oleh AJK Tertinggi supaya dibuka untuk batch 1992-1997, dengan harapan makin bertambah ler bilangan ahlinya.. Ini jelas terbukti ngan first gathering kita ni NZ Curry House, WangsaMaju pada hari Sabtu, 1hb December 2007 yang lepas. Ramai gak ler yang datang, yang bujang, yang dah bersuami siap bawak suami dan anak2 cuma yang dah ade isteri jer banyak yang tak bawak isteri.. ahaks.. ahaks.. mungkin bz jaga anak2 dirumah kot..
Kalau dah nama pun reunion bebudak sekolah, perangai bising kalau jumpa member, dari sekolah sampai ke skarang memang takleh nak buang. Kesian Achong yang terpekik terlolong cuba mendapatkan perhatian bebudak. Gathering yang pertama kali dianjurkan ini antara lain membincangkan tentang aktiviti2 gathering bagi tahun2 hadapan. Percutian family ala 'cuti-cuti malaysia' bersama kawan2 padang tembak adalah topik favourite. Bermacam macam ideas dan buah pendapat diberikan dan kesemuanya memang menarik.
Selain itu, cadangan untuk melantik AJK Tertinggi juga diutarakan.. tapi ade yang membangkang pasal kalau diikutkan, memang ramai lagik bebudak yang tak datang.. so agak 'tak fair' ler bagi diorang. Maybe on next gathering kita leh invite lagik ramai kengkawan yang datang, so baru 'fair' kot nak wat perlantikan AJK. Gambar2 yang ade masa gathering kat NZ pun ade, tapi nak post cam tak clear jerk semua, maybe pakai camera phone kot. Nak letak pun kang buat sakit mata jerk nak nengok. Takpe lain kali kasik bawak camera canggih2 sket, so tangkap gambar terang2 =p. List attendance pun tak dapat2 lagik, kalau tak leh gak letak kat dalam nie, so saper yang tak pegi tue bleh nengok kengkawan maner yang datang..

No comments: