Monday, September 8, 2008

Sambutan Berbuka Puasa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan balik. So kali ni, AJK telahpun mencapai kata sepakat untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa - Padangtembak97 Groups. Berikut adalah detail mengenai majlis ini :

Venue : Kelab Golf Polis DiRaja Malaysia (Berhampiran Restoran Nelayan) - Titiwangsa.
Tarikh : 13 Sept 2008
Bayaran : RM 30 seorang bagi dewasa dan RM 16 seorang bagi kanak2 bawah 12 tahun. (Bawah 4 tahun Free)
Hidangan : Lebih Kurang 50 hidangan
Cara Pembayaran :
CIMB ( 1438 0080 2075 24 - BADRUL SYAHRIZAN)
MAYBANK ( 1640 9800 4966 - RATNA RAHAYU)

CONTACT NO :
019 202 9942 - BARD
012 660 2309 - RATNA

Semoga di hari baik bulan baik nie, dapatlah kita bersama sama meramaikan lagik Majlis berbuka posa kita kali yang pertama semenjak Group kita nie ditubuhkan.
Sila sahkan kehadiran anda sebelum 11 September 2008. Kerjasama kengkawan semua amatlah dihargai. Trimas.

PadangTembak97 - First Mini Trip (Aftermath)

tiada input

Thursday, June 12, 2008

PadangTembak97 - First Mini Trip




Skarang nie kat padangtembak97 groups tengah hangat ngan topik trip pd. Buat sesiapa yang tak tau lagik, pihak AJK telah meng'organize' satu mini trip ke PD pada 2-3hb August 2008.. bersamaan ari Sabtu dan Ahad bertempat di Sunshine Bay Resort PD, Negeri Sembilan.. Kalau semua tertanya tanya napa gi PD jer.. dah ler dekat.. slalu pegi plak tue.. okey, jawapannya.. kami baru sajer nak try test organize yang dekat2 dulu.. Nak nengok camner sambutan yang kami bleh dapat dari member2 dalam groups.. dan menilai sejauh mana 'capability' ajk2 untuk handle event supaya semuanya dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. sekiranya semua objektif dapat dicapai, tak mustahil maybe satu masa nanti kita dapat organize event trip yang lagik bagus dan lokasi trip yang lebih menarik =p.

Thanks to sis Ani for a wonderful poster.. siap ada tentatif dan pics tempat yang kita akan stay lagik tue.. Semua aktiviti2 telah pun disusun oleh AJK, so geng2 semua just join in, and have fun jerk.. Bayaran bagi trip nie, adalah seperti berikut

Rm 90.00 (seorang)
* termasuk breakfast, dinner dan penginapan

AJK juga dah bersetuju yang bayaran tidak akan dikenakan bagi anak2.. tak kira la anak sorang ker anak 5 ker.. So contohnya, kalau gi suami isteri dan anak2 tue, bayor untuk 2 kepala jerk la iaitu RM 90.00 x 2 = RM 180.00. Yang maner nak bawak ahli2 keluarga tambahan atau maid, haaa pandai2 la buat kira2 sendiri... Pengangkutan tidak disediakan, dalam erti kata lain.. geng2 semua kena la drive sendiri atau arrange ngan geng2 untuk tumpang menumpang. Skang nie arga minyak pun dah naik, so kalau dapat tong2 duit minyak dan gi sama2 lagik save dan meriah.. takde la boring drive. AJK telah menyusun 2 tempat2 berjumpa kalau nak gerak drive sesama.. Berikut adalah 'rendezvou' point yang telah ditetapkan

1. Hentian RNR Serdang (Jam 8:30 AM) - Khususnya bagi geng2 yang datang dari KL
2. Hentian RNR Seremban (Jam 10:00 AM) - Khususnya bagi geng2 yang tak lalu Sg. Besi.

Bagi trip nie, kita takde buat 'konvoi' bebetul.. pasal untuk menganjurkan konvoi semua banyak lagik benda2 lain nak ambil kira.. nak kena inform sane, inform sini.. dan kerjanya agak melecehkan. So just jumpa and easy-drive sesama sampai PD. Sehingga ke hari ni, Baru 7 nama yang berada dalam database trip.. bersamaan dengan 9 orang.. Heran gak, geng2 lain takde lagik ker yang nak join.. Kepada semua geng2, diharap dapat lah kiranya menghebohkan berita tentang trip kita nie kepada geng2 yang lain, khususnya yang jarang atau tak penah langsung online.. Nama geng2 akan dimasukkan oleh AJK selepas pembayaran dibuat.. Bagi pembayaran, geng2 semua boleh contact AJK2 direct ataupun boleh Maybank2U terus ke Bendahari

ACCOUNT MAYBANK :1640 9800 4966 (RATNA RAHAYU)

Semua pembayaran hendaklah dibuat sebelum 7hb July 2008. Ini adalah untuk melancarkan semua proses2 penyusunan bilik dan pem'booking'ngan bagi AJK.. Di harap semua geng2 dapat memberi kerjasama sepenuhnya, meramaikan dan menjayakan first trip kita ini.. cayo2.. =p

Sunday, February 17, 2008

AGM 2008



Pada hari Ahad, 17 hb Febuari yang lepas, buat julung2 kalinyer, group padangtembak97 telah mengadakan AGM nyer.. tujuannya antara lain adalah mengumpulkan semua bekas2 pelajar sekolah kita, melantik ajk2 Majlis Tertinggi serta ajk2 yang lain dan merangka aktiviti2 tahunan bagi group kita ini. Seronok gak dapat jumpa kengkawan lama, yang kalau dikira kira dah masuk 11 tahun gak la.. anyway, it is a good start.. setelah lebih 10 tahun, anggap je la group nie sempena 10 tahun kita jadik ex-padang tembak.. huhuhuhuh..
Sambutan agak menggalakkan gak, seramai kira2 lebih 60 bekas bebudak skolah telahpun menjadi ahli berdaftar pada hari itu.. walaupun dalam group kita ade lebih 70 orang yang mendaftar, tapi gua rasa cam ader gak bebudak yang tak register dalam group tapi datang untuk perjumpaan nie.. tue menunjukkan betapa semangatnya diorang nie nk menjayakan group nie :), tenkiu2... At least per yang diusahakan olej AJK2 sementara tue, betul2 membuahkan hasil la.. penat memang penat, tapi bila lihat sambutan kengkawan yang datang, penat pun leh ilang..



Di blog nie gak, gua nak merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada ajk2 sementara dan yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung, yang walaupun nama je sementara, tapi tetap memberikan komitmen yang tersangatlah tinggi terhadap group ini, walaupun masing2 mempunyai komitmen dan tanggungjawab peribadi. Antara AJK2 sementara yang terlibat adalah seperti Bad, Alon, Ratna, Bai, Mila, Miza, ChoMat, Fuad, ZulIskandar, Zulkhairi, Achong dan Syed. Walaupun usaha nie bleh dikatakan 'gamble', pasal tak tau pun sambutan bebudak camne.. tapi semua perancangan dibuat ngan amat rapi. Harapannya, agar semua yang telah dimulakan dan diusahakan oleh mereka2 ini, membuahkan hasil dan dapat kita nikmati bersama sama sebagai ahli dalam group ini.



Bermula pagi Ahad tue, kalau ikut aturcara pendaftaran bermula jam 10 dan akan berlangsung hingga 10:30.. tapi atas dasar kemanusiaan di pagi2 Ahad dan tabiat bebudak kita sendiri, kekekeke.. pendaftaran terpaksa dilanjutkan sehingga jam 11.. tapi kira okay gak arr, at least kol 10 tepat dah ade bebudak yang muncul, lagik cool biler yang first yang datang tue plak, ex yang tak skool sampai form 5 pun.. mean, even tak sampai form 5 pun, diorang still semangat nak datang.. patutnya kena kasik hadiah tue untuk first yang datang untuk register.. ahaks.. ahaks.. apasal la, kita tak terpikir nak buat camtu.. huhuhuhuh..
Begitulah bermulanya pagi dengan pendaftaran. Sesambil mandaftar tue, peserta2 dihidangkan ngan jamuan ringan yang disediakan oleh En Jalaluddin.. Antara hidangan2 yang disediakan ialah Karipap Pusing 'Sommersoult' dan Kek Pisang Emas di atas Peti dan tak lupa juga Air Teh O Panas, bagi menghangatkan lagik perjumpaan kita kali ini =p, Sesaper yang nak order hidangan2 menarik lagik sedap ini bleh berurusan terus ngan En. Jalaluddin. (nie promo kena bayo nie lal..)



Jam 11 pagi, semua peserta yang telah selesai breakfast pun masuk ke Dewan Mesyuarat, besar tak besar la, kecik pun tak kecik, tapi cukuplah untuk memuatkan ahli2 kita, kalau kecik sangat, sempit.. kalau besar sangat, jauh2 plak duduk.. =p, Mesyuarat AGM nie bermula ngan Bacaan Doa Pembuka Majlis oleh En. Abu Bakar. Kemudian Bad memberi kata2 aluan selaku Pengerusi Sementara group ini. Antara lain, memperkenalkan semua ajk2 sementara yang merancang perjumpaan ini, menerangkan objektif2 penubuhan dan perancangan2 serta matlamat2 bagi group padangtembak ini. Majlis diteruskan dengan pembubaran ahli jawatankuasa sementara dan pemilihan ajk2 baru pun bermula. Sessi ini adalah sessi yang paling riuh rendah skali, dengan suara pencalon, suara yang dicalon dan tak kurang jugak suara2 orang yang berkempen..



Setelah undian dikira, berikut adalah keputusan yang dinanti nantikan..

AJK Majlis Tertinggi

Pengerusi : Badrul Syahrizan (5 Ikhlas)
Naib Pengerusi : Abu Bakar (Ex- Class)
Setiausaha : Nurzatul Baizura (5 Ikhlas)
Naib Setiausaha : Saifullizam (Ex-Class)
Bendahari : Ratna Rahayu (5 Gigih)
Naib Bendahari : Jalaluddin (5 Ikhlas)

Ketua Audit Dalaman : Muhammad Nizam (5 Ikhlas)

Class Leader
Gigih - Ahmad Zahuri
Ikhlas - Noraishahtul Hana
Jujur - Maslita
Cekal - Rosmanto
Taat - Khidzer
Yakin - Shahrani
Murni - Saiful (Silat)
Perkasa - Md. Nor
Ex- Student - Ernawati dan Hairani


Selesai semua keputusan undian diumumkan, Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang baru masing2 memberikan kata2 aluan. Sessi Pencalonan ini diakhiri dengan Jamuan Tengah Hari yang juga disediakan oleh En Jalaluddin. Antara hidangan2 yang disediakan ialah Nasi Tomato Segar bersama Ayam Goreng Satu Rasa, turut dihidangkan ialah Nugget Goreng Ala McD yang dihidangkan bersama Sos Cili dan Mayonnaise. Tidak lupa juga Air Sirap sedap sebagai pembasah tekak di hari yang amat panas itu. Dalam masa yang sama, AJK2 baru bermesyuarat di dalam bagi membincangkan isu2 semasa dan lantikan Biro2 Khas. Selesai menjamu selera, Majlis diteruskan dengan perlantikan Biro2 Khas bagi melicinkan aktiviti2 serta perancangan group kita. Antara Biro2 Khas yang ditubuhkan ialah :

Biro-biro

Biro Sosial dan Kebajikan
Najmi (Mimi)
Haszeri (Achong)
Ahmad Sofian (Pian)

Biro Sukan dan Rekreasi
Arlon
Shahrizan (Cho Mat)
Mila

Biro Ekonomi dan Keusahawanan
Zulkhairi (Kuyop)
Syed Herdi

Biro IT dan Multimedia
Shahril
Fuad

Biro Tugas2 Khas
Asri (Kepeng)
ZulIskandar
Miza (MC)
Saufi (Che'Pi)

Kemudian, Ratna selaku bendahari group membentangkan carta kewangan terkini bagi group, bermula dengan citer2 sedih, collection RM 1.20 sen sehinggalah citer yang agak gembira dengan terkumpulnya agak banyak jugak lah RM setelah pendaftaran ahli2. Semua ahli2 berdaftar dikehendaki membayar RM10.00 bagi yuran pendaftaran. Duit2 ini antara lain akan digunakan bagi pendaftaran pertubuhan dan aktiviti2 yang akan dirancang di masa akan datang. Difahamkan juga, duit2 ini juga antara lain akan disalurkan ke ahli2 kita bagi tujuan sosial dan kebajikan, cthnya: kematian, perkahwinan, dapat baby baru dan lain2.

Setelah isu kewangan dibentangkan, maka berakhirlah sesi perjumpaan AGM group ini, sekali lagi Abu Bakar dijemput bagi bacaan doa penutup majlis. Seterusnya, semua bebudak diajak ke tangga hadapan bangunan bagi sessi fotografi. Demikianlah berakhirnya AGM bagi group padangtembak97 ini. Overall, kami mendapat sokongan dan support yang amat menggalakkan dari bekas2 pelajar. Semoga hubungan ini berterusan dan semakin berkembang lagik. Bagi AJK2 diharapkan teruslah memperjuangkan group ini dan mulalah merancang aktiviti2 tahunan, dengan itu geng2 kita dapat melihat 'hidup'nya group ini dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan.



Bagi mengakhiri post kali ini, saya ingin merakamkan berjuta terima kasih sekali lagik kepada ajk2 yang berjaya menjalankan AGM ini dengan jayanya dan semua2 bekas2 pelajar yang telah sama2 hadir bagi memeriahkan lagik AGM kita kali ini. Semoga di masa akan datang, di aktiviti2 lain, kita akan dapat berjumpa kembali. Sekian.

Sunday, December 30, 2007

bowling tournament

Ari Ahad yang lepas, satu pertandingan bowling telah diadakan di Kompleks Desa, Kepong. Ramai gak ahli2 yang datang, demikian adalah gambar2 yang dapat di'capture' semasa pertandingan diadakan.. Harap maaf kerana gambar2 ini tak dapat diletak dalam groups pasal size agak besar. So Saper2 yang rajin, leh arr copy gambar2 nie, tukar resolution and post dalam groups..
Pas main bowling ada acara makan2 plak kat Seri Gombak, huhuhuhu.. semua peserta memang menahan lapar sejak dari tempat bowling lagik.. memang meriah acara kita kali ini.. =p

Keputusan kejuaraan bowling

Juara Berkumpulan - Jonathan dan Ratna
Runner Up Juara Berkumpulan - Achong dan Kuyop (Zulkhairi)
2nd Runner Up Juara Berkumpulan - Fadhlan dan Zura
Juara Jatuhan Pin Terbanyak (Kategori Lelaki) - Jonathan
Juara Jatuhan Pin Terbanyak (Kategori Wanita) - Bai





















































Wednesday, December 26, 2007

rate bagi penginapan di A'Famosa

setelah berdiskusi bersama pihak A'Famosa, ini adalah senarai harga bagi jenis2 penginapan yang disediakan di A'Famosa Resort. Sesape yang ade contact yang bleh dapat rate lagik murah, atau ader travel2 agencies yang leh offer better price sila lah usulkan.. cadangan anda amatlah dialu alukan.. berikut adalah senarai harga nya



Click untuk view lebih besar

Dengan adanya rate ini, dapat lah kita menimbang nimbang lebih kurang kos kita bagi trip nie.. Sebab yang paling leceh skali untuk organize trip nie adalah penginapan.. Ini adalah kerana melibatkan family, suami, isteri dan anak2.. So first priority adalah keseleseaan dan ke'comfort'an setiap participant. So that, kalau kita ade plan for next trip, orang akan gain trust yang kita bleh organize trip ngan baik dan lancar =p. Senarai ini adalah sebagai rujukan kita, bleh ler kengkawan kasik feedback, mana yang terbaik dan megikut kesesuaian trip dan aktiviti2 kita .

Tuesday, December 25, 2007

mari main bowling..

Baru2 ini dalam group ada bebudak berhajat nak main bowling..
berikut adalah antara info terkini pasal event tue..

Lokasi : Kompleks Desa Kepong
Lokasi Perjumpaan (saper yang tak tau tempat) : Shell (sebelah Carrefour, WangsaMaju)
Tarikh : 30hb Disember 2007
Masa : 1:30 petang

Kalau ikut cakap En. Zulkhairi (Kuyop), hadiah bagi pemenag juga disediakan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan.
Kategori 1 - jumlah keseluruhan pin kumpulan terbanyak (kumpulan bowler tak terkalah)
Kategori 2 - jumlah keseluruhan pin peseorangan tebanyak (bowler tak terkalah)
Kategori 3 - jumlah jatuhan pin peseorangan terbanyak untuk 1 frame (bowler se-frame yang tak terkalah)

setakat nie dah dekat nak 20 orang dah commit nak participate, marilah kita meramaikan lagik aktiviti yang sekali sekala pun susah nak buat nie =p..

majulah sukan untuk negara..