Sunday, December 30, 2007

bowling tournament

Ari Ahad yang lepas, satu pertandingan bowling telah diadakan di Kompleks Desa, Kepong. Ramai gak ahli2 yang datang, demikian adalah gambar2 yang dapat di'capture' semasa pertandingan diadakan.. Harap maaf kerana gambar2 ini tak dapat diletak dalam groups pasal size agak besar. So Saper2 yang rajin, leh arr copy gambar2 nie, tukar resolution and post dalam groups..
Pas main bowling ada acara makan2 plak kat Seri Gombak, huhuhuhu.. semua peserta memang menahan lapar sejak dari tempat bowling lagik.. memang meriah acara kita kali ini.. =p

Keputusan kejuaraan bowling

Juara Berkumpulan - Jonathan dan Ratna
Runner Up Juara Berkumpulan - Achong dan Kuyop (Zulkhairi)
2nd Runner Up Juara Berkumpulan - Fadhlan dan Zura
Juara Jatuhan Pin Terbanyak (Kategori Lelaki) - Jonathan
Juara Jatuhan Pin Terbanyak (Kategori Wanita) - Bai





















































Wednesday, December 26, 2007

rate bagi penginapan di A'Famosa

setelah berdiskusi bersama pihak A'Famosa, ini adalah senarai harga bagi jenis2 penginapan yang disediakan di A'Famosa Resort. Sesape yang ade contact yang bleh dapat rate lagik murah, atau ader travel2 agencies yang leh offer better price sila lah usulkan.. cadangan anda amatlah dialu alukan.. berikut adalah senarai harga nya



Click untuk view lebih besar

Dengan adanya rate ini, dapat lah kita menimbang nimbang lebih kurang kos kita bagi trip nie.. Sebab yang paling leceh skali untuk organize trip nie adalah penginapan.. Ini adalah kerana melibatkan family, suami, isteri dan anak2.. So first priority adalah keseleseaan dan ke'comfort'an setiap participant. So that, kalau kita ade plan for next trip, orang akan gain trust yang kita bleh organize trip ngan baik dan lancar =p. Senarai ini adalah sebagai rujukan kita, bleh ler kengkawan kasik feedback, mana yang terbaik dan megikut kesesuaian trip dan aktiviti2 kita .

Tuesday, December 25, 2007

mari main bowling..

Baru2 ini dalam group ada bebudak berhajat nak main bowling..
berikut adalah antara info terkini pasal event tue..

Lokasi : Kompleks Desa Kepong
Lokasi Perjumpaan (saper yang tak tau tempat) : Shell (sebelah Carrefour, WangsaMaju)
Tarikh : 30hb Disember 2007
Masa : 1:30 petang

Kalau ikut cakap En. Zulkhairi (Kuyop), hadiah bagi pemenag juga disediakan. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan.
Kategori 1 - jumlah keseluruhan pin kumpulan terbanyak (kumpulan bowler tak terkalah)
Kategori 2 - jumlah keseluruhan pin peseorangan tebanyak (bowler tak terkalah)
Kategori 3 - jumlah jatuhan pin peseorangan terbanyak untuk 1 frame (bowler se-frame yang tak terkalah)

setakat nie dah dekat nak 20 orang dah commit nak participate, marilah kita meramaikan lagik aktiviti yang sekali sekala pun susah nak buat nie =p..

majulah sukan untuk negara..

Monday, December 17, 2007

yahoo! group dan 1st Gathering di NZ, Wangsamaju

masuk ari nie dah 1 bulan 13 hari dah yahoo group padangtembak97 hidup, sampai skang dah ade kira2 57 orang yang join dari seantero kelas. Masa memula kalau tak silap diorang open untuk bebudak padang tembak yang berada di sekolah sehingga 1997, tapi dirombak kembali oleh AJK Tertinggi supaya dibuka untuk batch 1992-1997, dengan harapan makin bertambah ler bilangan ahlinya.. Ini jelas terbukti ngan first gathering kita ni NZ Curry House, WangsaMaju pada hari Sabtu, 1hb December 2007 yang lepas. Ramai gak ler yang datang, yang bujang, yang dah bersuami siap bawak suami dan anak2 cuma yang dah ade isteri jer banyak yang tak bawak isteri.. ahaks.. ahaks.. mungkin bz jaga anak2 dirumah kot..
Kalau dah nama pun reunion bebudak sekolah, perangai bising kalau jumpa member, dari sekolah sampai ke skarang memang takleh nak buang. Kesian Achong yang terpekik terlolong cuba mendapatkan perhatian bebudak. Gathering yang pertama kali dianjurkan ini antara lain membincangkan tentang aktiviti2 gathering bagi tahun2 hadapan. Percutian family ala 'cuti-cuti malaysia' bersama kawan2 padang tembak adalah topik favourite. Bermacam macam ideas dan buah pendapat diberikan dan kesemuanya memang menarik.
Selain itu, cadangan untuk melantik AJK Tertinggi juga diutarakan.. tapi ade yang membangkang pasal kalau diikutkan, memang ramai lagik bebudak yang tak datang.. so agak 'tak fair' ler bagi diorang. Maybe on next gathering kita leh invite lagik ramai kengkawan yang datang, so baru 'fair' kot nak wat perlantikan AJK. Gambar2 yang ade masa gathering kat NZ pun ade, tapi nak post cam tak clear jerk semua, maybe pakai camera phone kot. Nak letak pun kang buat sakit mata jerk nak nengok. Takpe lain kali kasik bawak camera canggih2 sket, so tangkap gambar terang2 =p. List attendance pun tak dapat2 lagik, kalau tak leh gak letak kat dalam nie, so saper yang tak pegi tue bleh nengok kengkawan maner yang datang..