Sunday, February 17, 2008

AGM 2008



Pada hari Ahad, 17 hb Febuari yang lepas, buat julung2 kalinyer, group padangtembak97 telah mengadakan AGM nyer.. tujuannya antara lain adalah mengumpulkan semua bekas2 pelajar sekolah kita, melantik ajk2 Majlis Tertinggi serta ajk2 yang lain dan merangka aktiviti2 tahunan bagi group kita ini. Seronok gak dapat jumpa kengkawan lama, yang kalau dikira kira dah masuk 11 tahun gak la.. anyway, it is a good start.. setelah lebih 10 tahun, anggap je la group nie sempena 10 tahun kita jadik ex-padang tembak.. huhuhuhuh..
Sambutan agak menggalakkan gak, seramai kira2 lebih 60 bekas bebudak skolah telahpun menjadi ahli berdaftar pada hari itu.. walaupun dalam group kita ade lebih 70 orang yang mendaftar, tapi gua rasa cam ader gak bebudak yang tak register dalam group tapi datang untuk perjumpaan nie.. tue menunjukkan betapa semangatnya diorang nie nk menjayakan group nie :), tenkiu2... At least per yang diusahakan olej AJK2 sementara tue, betul2 membuahkan hasil la.. penat memang penat, tapi bila lihat sambutan kengkawan yang datang, penat pun leh ilang..



Di blog nie gak, gua nak merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada ajk2 sementara dan yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung, yang walaupun nama je sementara, tapi tetap memberikan komitmen yang tersangatlah tinggi terhadap group ini, walaupun masing2 mempunyai komitmen dan tanggungjawab peribadi. Antara AJK2 sementara yang terlibat adalah seperti Bad, Alon, Ratna, Bai, Mila, Miza, ChoMat, Fuad, ZulIskandar, Zulkhairi, Achong dan Syed. Walaupun usaha nie bleh dikatakan 'gamble', pasal tak tau pun sambutan bebudak camne.. tapi semua perancangan dibuat ngan amat rapi. Harapannya, agar semua yang telah dimulakan dan diusahakan oleh mereka2 ini, membuahkan hasil dan dapat kita nikmati bersama sama sebagai ahli dalam group ini.



Bermula pagi Ahad tue, kalau ikut aturcara pendaftaran bermula jam 10 dan akan berlangsung hingga 10:30.. tapi atas dasar kemanusiaan di pagi2 Ahad dan tabiat bebudak kita sendiri, kekekeke.. pendaftaran terpaksa dilanjutkan sehingga jam 11.. tapi kira okay gak arr, at least kol 10 tepat dah ade bebudak yang muncul, lagik cool biler yang first yang datang tue plak, ex yang tak skool sampai form 5 pun.. mean, even tak sampai form 5 pun, diorang still semangat nak datang.. patutnya kena kasik hadiah tue untuk first yang datang untuk register.. ahaks.. ahaks.. apasal la, kita tak terpikir nak buat camtu.. huhuhuhuh..
Begitulah bermulanya pagi dengan pendaftaran. Sesambil mandaftar tue, peserta2 dihidangkan ngan jamuan ringan yang disediakan oleh En Jalaluddin.. Antara hidangan2 yang disediakan ialah Karipap Pusing 'Sommersoult' dan Kek Pisang Emas di atas Peti dan tak lupa juga Air Teh O Panas, bagi menghangatkan lagik perjumpaan kita kali ini =p, Sesaper yang nak order hidangan2 menarik lagik sedap ini bleh berurusan terus ngan En. Jalaluddin. (nie promo kena bayo nie lal..)



Jam 11 pagi, semua peserta yang telah selesai breakfast pun masuk ke Dewan Mesyuarat, besar tak besar la, kecik pun tak kecik, tapi cukuplah untuk memuatkan ahli2 kita, kalau kecik sangat, sempit.. kalau besar sangat, jauh2 plak duduk.. =p, Mesyuarat AGM nie bermula ngan Bacaan Doa Pembuka Majlis oleh En. Abu Bakar. Kemudian Bad memberi kata2 aluan selaku Pengerusi Sementara group ini. Antara lain, memperkenalkan semua ajk2 sementara yang merancang perjumpaan ini, menerangkan objektif2 penubuhan dan perancangan2 serta matlamat2 bagi group padangtembak ini. Majlis diteruskan dengan pembubaran ahli jawatankuasa sementara dan pemilihan ajk2 baru pun bermula. Sessi ini adalah sessi yang paling riuh rendah skali, dengan suara pencalon, suara yang dicalon dan tak kurang jugak suara2 orang yang berkempen..



Setelah undian dikira, berikut adalah keputusan yang dinanti nantikan..

AJK Majlis Tertinggi

Pengerusi : Badrul Syahrizan (5 Ikhlas)
Naib Pengerusi : Abu Bakar (Ex- Class)
Setiausaha : Nurzatul Baizura (5 Ikhlas)
Naib Setiausaha : Saifullizam (Ex-Class)
Bendahari : Ratna Rahayu (5 Gigih)
Naib Bendahari : Jalaluddin (5 Ikhlas)

Ketua Audit Dalaman : Muhammad Nizam (5 Ikhlas)

Class Leader
Gigih - Ahmad Zahuri
Ikhlas - Noraishahtul Hana
Jujur - Maslita
Cekal - Rosmanto
Taat - Khidzer
Yakin - Shahrani
Murni - Saiful (Silat)
Perkasa - Md. Nor
Ex- Student - Ernawati dan Hairani


Selesai semua keputusan undian diumumkan, Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang baru masing2 memberikan kata2 aluan. Sessi Pencalonan ini diakhiri dengan Jamuan Tengah Hari yang juga disediakan oleh En Jalaluddin. Antara hidangan2 yang disediakan ialah Nasi Tomato Segar bersama Ayam Goreng Satu Rasa, turut dihidangkan ialah Nugget Goreng Ala McD yang dihidangkan bersama Sos Cili dan Mayonnaise. Tidak lupa juga Air Sirap sedap sebagai pembasah tekak di hari yang amat panas itu. Dalam masa yang sama, AJK2 baru bermesyuarat di dalam bagi membincangkan isu2 semasa dan lantikan Biro2 Khas. Selesai menjamu selera, Majlis diteruskan dengan perlantikan Biro2 Khas bagi melicinkan aktiviti2 serta perancangan group kita. Antara Biro2 Khas yang ditubuhkan ialah :

Biro-biro

Biro Sosial dan Kebajikan
Najmi (Mimi)
Haszeri (Achong)
Ahmad Sofian (Pian)

Biro Sukan dan Rekreasi
Arlon
Shahrizan (Cho Mat)
Mila

Biro Ekonomi dan Keusahawanan
Zulkhairi (Kuyop)
Syed Herdi

Biro IT dan Multimedia
Shahril
Fuad

Biro Tugas2 Khas
Asri (Kepeng)
ZulIskandar
Miza (MC)
Saufi (Che'Pi)

Kemudian, Ratna selaku bendahari group membentangkan carta kewangan terkini bagi group, bermula dengan citer2 sedih, collection RM 1.20 sen sehinggalah citer yang agak gembira dengan terkumpulnya agak banyak jugak lah RM setelah pendaftaran ahli2. Semua ahli2 berdaftar dikehendaki membayar RM10.00 bagi yuran pendaftaran. Duit2 ini antara lain akan digunakan bagi pendaftaran pertubuhan dan aktiviti2 yang akan dirancang di masa akan datang. Difahamkan juga, duit2 ini juga antara lain akan disalurkan ke ahli2 kita bagi tujuan sosial dan kebajikan, cthnya: kematian, perkahwinan, dapat baby baru dan lain2.

Setelah isu kewangan dibentangkan, maka berakhirlah sesi perjumpaan AGM group ini, sekali lagi Abu Bakar dijemput bagi bacaan doa penutup majlis. Seterusnya, semua bebudak diajak ke tangga hadapan bangunan bagi sessi fotografi. Demikianlah berakhirnya AGM bagi group padangtembak97 ini. Overall, kami mendapat sokongan dan support yang amat menggalakkan dari bekas2 pelajar. Semoga hubungan ini berterusan dan semakin berkembang lagik. Bagi AJK2 diharapkan teruslah memperjuangkan group ini dan mulalah merancang aktiviti2 tahunan, dengan itu geng2 kita dapat melihat 'hidup'nya group ini dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan.



Bagi mengakhiri post kali ini, saya ingin merakamkan berjuta terima kasih sekali lagik kepada ajk2 yang berjaya menjalankan AGM ini dengan jayanya dan semua2 bekas2 pelajar yang telah sama2 hadir bagi memeriahkan lagik AGM kita kali ini. Semoga di masa akan datang, di aktiviti2 lain, kita akan dapat berjumpa kembali. Sekian.

7 comments:

MN2 Enterprise said...

Bro, bukan ari ahad 17hb Februari ke?

MN2 Enterprise said...

Nasib baik dah tuka date.. wahahhahaha

padangtembak97 said...

kekekekek, nasib baik gua online.. wakakakak..

Mohamad Shah Rizan ? said...

gua penat buat comment
pastue ilang
panas nyer hati gua....
eeeeeeeee.....geram betul
kang gua sampak air te'o bercampur julap baru tau....
baru kuar jururawat....

Ireen said...

bestnya menengokkan smue yang berlaku.sadis nye aku tak dapat join.nway bestla korang! ramai tu yang dapat dikumpul! nxt time nak join gaks! ekekeke

Anonymous said...

Kalo tak keberatan, nak tanya. Collection kita takat RM10 tu je ke? Atau bakal akan ada bayaran setiap bulan? Sorry, aku blah awal ari tu. Ada kes... Tapi eden torai gak datang tau... -checkpi-

My-Dar said...

**checkpi** pembayaran tu kita tak buat kutipan bulanan. Just kalau ada event apa apa kita buat ar kutipan. Mana yang terlebih tu kita masuk tabung untuk kebajikan ke apa ke.. Anyways.. thx jugak sebab try datang..